KENALI AKADEMI BAKERI ZATI D HATI
Amaruszati Noor Rahim adalah seorang penulis novel yang menerjunkan diri dalam bidang bakeri dengan memulakan ativiti buat duit di dapur bermula 2004 dengan menggunakan platform foropages.
Atas permintaan ramai, Zati D Hati memulakan kelas di rumah pada tahun 2007. Kemudiannya berpindah ke premis di Sungai Isap, Kuantan pada tahun 2011. Kemusnahan dalam banjir pada Disember 2013 menyebabkan AZDH berpinddah ke pusat bandar Kuantan pada 2014.
AZDH menawarkan kelas-kelas masakan seperti kelas kek, roti, aneka laukpauk, aneka nasi, aneka mi, dessert dan lain malah juga menyediakan kelas-kelas motivasi, marketing dan lain-lain. Kursus-kursus yang disediakan diajar dari asas sehingga anda mampu mellakukannya di dalam kelas dan kemudian berlanjutan membimbing dengan membantu menyelesaikan masalah dan kekeliruan pelajar sekiranya ada. Kami juga menjemput tenaga pengajar dari luar yang berkaliber dalam bidang masing-masing.
Selain diajar di AZDHi di Kuantan, kami juga membuka kelas di luar Kuantan di seluruh Malaysia.
Amaruszati juga berkongsi pengalamannya dalam dunia bakeri dengan menghasilkan buku Warna Warni Krim Mentega iaitu langkah demi langkah asas menghias kek. Ada tiga buah buku lagi dalam proses penerbitan.